Lima Mangsa Dipercayai Terperangkap Dalam Runtuhan Struktur Tapak Binaan SUKE

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Insiden juga telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Sehingga jam 8 malam tadi, operasi untuk mengeluarkan kesemua mangsa masih diteruskan.

Mangsa pertama seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Zakiah Yaakop bagaimanapun berjaya dikeluarkan sekitar 8.45 malam.

Zakiah dipercayai pemandu kepada sebuah van yang terperangkap dalam insiden itu.

Pihak bomba dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan sebuah lori telah melanggar struktur sokongan binaan tersebut.

Susulan itu, struktur binaan itu telah menghempap sebuah van kilang yang dinaiki empat hingga lima penumpang.

Bagaimanapun, status kesemua mangsa masih belum diketahui.

Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.

“Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk. Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu lagi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat