Struktur Tapak Binaan Lebuh Raya SUKE Hempap Van Dinaiki 5 Penumpang – ACP Zulkefly

KUALA LUMPUR – Sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak di sini runtuh dan menghempap sebuah van yang dinaiki lima individu.

Insiden pada kira-kira 6 petang itu melibatkan sebuah lori membawa jengkaut yang telah melanggar binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang terletak berhadapan Terminal Bersepadu Selatan.

“Akibat kemalangan itu, runtuhan binaan telah jatuh ke atas sebuah van kilang yang datang dari arah pusat bandar yang dinaiki lima individu,” menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata ketika ini, usaha menyelamat masih giat dijalankan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan runtuhan itu telah menghempap sebuah van kilang yang di dalamnya terdapat lima mangsa yang melewati struktur binaan berkenaan,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...