KUALA LUMPUR – Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan ditetapkan pada kadar dua peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar itu sangat rendah dan tidak membebankan majikan berbanding cadangan asal pada kadar 12 peratus sebelum ini.
“Kadar caruman KWSP pekerja asing adalah pada dua peratus dan kadar itu akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik,” katanya ketika ucaptama sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) pada Isnin.
Pada pembentangan Belanjawan 2025 sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangn berkata kerajaan komited untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Beliau berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP dan cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa.