Saya Belum Putuskan Tanding Pertahan Jawatan atau Tidak – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan belum memutuskan sama ada beliau akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ketika ini beliau masih mempertimbangkan perkara itu, malah mengakui pilihan yang akan dibuatnya kelak akan menentukan ‘team’ (pasukan) mana yang menjadi pilihan.

“Saya belum ambil sebarang keputusan untuk pertahankan jawatan atau sebaliknya…saya masih mempertimbangkan perkara itu.

“Jadi sama ada saya ada ‘team’ (pasukan) atau tidak, (ia) bergantung kepada keputusan itu nanti (bertanding pertahan jawatan atau sebaliknya).

“Jika saya pilih untuk tidak bertanding maka sudah tentu saya tiada ‘team’ (pasukan),” katanya ketika temubual bersama BH hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti.

Selain Mohamed Khaled, sumber berkata seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan turut mempertahankan jawatan, selain Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga dikhabarkan akan merebut jawatan nombor tiga UMNO itu kelak.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 sebelum ini memutuskan dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Tak pernah sebut nak tanding jawatan presiden UMNO, timbalan

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan sekiranya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti.

Mengulas keputusan PAU 2022 mengenai jawatan Timbalan Presiden dan Presiden tidak dipertandingkan, katanya setakat ini beliau menghormati keputusan itu.

“Setakat ini saya hormati keputusan PAU 2022, kecuali Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) buat keputusan sebaliknya.

“Kalau ROS buat keputusan lain, kita akan putuskan bila masanya tiba,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan sebelum PAU 2022 beliau tidak menyebut sepatah perkataan pun atau menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden.

“Bagi saya kalau nak ‘berlawan’ tidak boleh ramai-ramai, satu jawatan (direbut sampai) tiga empat orang.

“Ini tiada makna, (hanya) menyebabkan UMNO berpecah, jadi saya kata kena tengok dulu keputusan parti ada pertandingan atau tidak.

“Ini kerana saya ada mendengar ura-ura dua jawatan ini tak dipertandingkan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat