Amir Raja Lawak Beli Alza Baru Hasil Usaha Jual Air Jagung Amirreka

- Advertisement -

PETALING JAYA – Berkat kegigihan dan kesungguhan berniaga air jagung, akhirnya pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak berjaya menambah koleksi kenderaan peribadinya.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 33, dia memaklumkan baharu sahaja membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

“Alhamdulillah,rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support (sokong) saya beli Air Jagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki dengan saya.

“Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya. Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki,sihat selalu,disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses,” tulisnya.

Menurut Amir, nombor pendaftaran MPV itu adalah empat angka.

“Saya edit yang tutup belakang lagi dua angka sebab tak nak tunjuk nombor penuh,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar perniagaan air jagung yang diusahakan Amir bertambah maju dan diberkati.

“Alhamdulillah syukur, dengan berkat kesabaran dan kerja kuat Amir Raja Lawak selama ini terhasil dgn kereta idamannya,terima kasih sahabatku, saya doakn kamu sentiasa dimurahkan rezeki,” tulis Khir Din.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hafizol Halit.

“Alhamdulilah rezeki 2023, semoga dimurahkan rezeki sentiasa Amir Raja Lawak,”doanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat