Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran

- Advertisement -

BENTONG – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah kira-kira jam 9 malam tadi di Kampung Pelantar, dekat Bentong.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pusat gerakan operasi (PGO) menerima panggilan jam 9.02 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 9.16 malam.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak dan Bentong terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran itu.

Gambar Ihsan Bomba Pahang

“Seramai 17 pegawai dan anggota dari balai bomba berkenaan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 11 minit.

“Mayat mangsa ditemui pegawai dan anggota bomba dalam rumah itu selepas operasi memadam kebakaran selesai,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, sebentar tadi.

Ismail memaklumkan pihaknya menggunakan dua aliran hos bagi tugas mengawal dan memadamkan kebakaran kediaman itu.

Katanya, mayat mangsa berusia dalam lingkungan 60-an itu diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat