Ahmad Maslan Digesa Jangan Campuri Urusan Siasatan RoS

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad B Maslan digesa untuk tidak mendahului urusan dan membuat keputusan yang sedang dijalankan RoS berkaitan aduan Pelanggaran Perlembagaan UMNO PAU 2022.

Tegas Aizat Fikri Nasir, RoS telah menyatakan pihak mereka sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduannya.

Tindakan Ahmad Maslan itu seperti ‘premature’, ujar Aizat lagi.

Terdahulu, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom meminta RoS menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

“Saya telah menerima surat maklum balas daripada RoS bertarikh 26 Januari 2023

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak RoS kerana telah mengambil serius aduan saya mengenai *Pelanggaran Perlembagaan UMNO semasa PAU2022.

“ Dalam surat berkenaan, RoS telah menyatakan pihak mereka sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan saya.

“Saya menganggap kenyataan SUA UMNO yang menggambarkan perkara berkenaan seolah-olah selesai adalah ‘premature’.” Kata Aizat dalam satu kenyataan medianya, pada Jumaat.

Menurut Aizat lagi, campurtangan siasatan ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang menjaga tatakelola pertubuhan di Malaysia.

Beliau berharap RoS dapat menjalankan siasatan yang ‘eksplisit’ dengan memanggil perwakilan-perwakilan yang berada di Dewan Merdeka termasuklah Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi mendapatkan gambaran yang jelas dan adil.

”Dalam perbincangan bersama tempoh hari, RoS juga memaklumkan mereka sendiri akan mendapatkan nasihat dan panduan daripada penasihat undang-undang kementerian.

“Bagi saya hal ini jauh dari selesai, semoga kebenaran akan tertegak jua”. Katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat