‘Jumpa orang pun ada rasa takut, masa temubual pun menggigil’ – Remy Ishak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Keadaan kesihatan saya masih belum baik. Nak jumpa orang pun ada rasa takut,” kata pelakon popular, Remy Ishak yang belum pulih daripada masalah kesihatan mental sejak tiga tahun lalu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 41, berkata, sehingga kini dia masih belum mengenal pasti punca penyakitnya itu.

“Sekarang ini pun (ketika ditemubual) masih menggigil. Malah, kalau jumpa orang pun saya seperti diselubungi rasa takut. Apapun saya cuba untuk kawal perasaan ini.

“Saya masih tak tahu masalah sebenar penyakit yang saya hadapi. Namun, saya perasan ia semakin mengganggu saya sejak pandemik Covid-19 dua tahun lalu,” katanya.

Menurut Remy, penyakit yang dihadapi turut menganggu emosi dan tumpuannya di lokasi penggambaran, namun dia berusaha mengatasi segala ketakutan.

“Di lokasi penggambaran pun situasi sama berlaku, tapi sebab lakonan ini adalah jiwa saya. Jadi, saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini.

“Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah. Pada tahun ini, saya lebih nak beri tumpuan untuk pulihkan diri dan naikkan semula semangat,” katanya.

Sebelum ini sekitar tahun 2020 Remy mengaku dia mengalami kemurungan hingga perlu mendapatkan nasihat doktor.

Remy berkata, tidak ada apa yang hendak disorok mengenai kemurungan dialaminya kerana lebih bagus dikongsi untuk panduan masyarakat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat