Fatwa Larang Sertai Ritual Agama Lain Tidak Bercanggah Dengan Konsep Bangsa Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa fatwa melarang umat Islam mengambil bahagian dalam ritual agama lain di negeri ini tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama.

Titah baginda, kepelbagaian kaum dan agama dianuti rakyat berbilang kaum seperti di bawah konsep Bangsa Johor akan sentiasa diiktraf dan dihormati di negeri ini.

“Fatwa itu hanya melarang umat Islam daripada mengambil bahagian dalam ritual agama lain. Ia adalah garis panduan untuk mereka. Meraka masih boleh menghadiri majlis perayaan agama lain.

“Agama lain juga mesti menghormati sensitiviti umat Islam. Ia adalah jalan dua hala. Kita mesti peka terhadap kewajipan agama masing-masing untuk berbaik-baik,” titah Sultan Ibrahim, dalam kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Baginda bertitah semua agama menekankan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormati, toleransi, kesederhanaan dan kebaikan.

Sultan Ibrahim turut bertitah rakyat Malaysia harus memberi tumpuan terhadap nilai-nilai bersama ini yang menyatukan masyarakat dan bukannya perbezaan kaum atau agama.

“Saya harap dengan penjelasan ini, kita dapat menghentikan sebarang kekeliruan mengenai fatwa baharu itu kerana ia hanya menjelaskan perkara yang dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.

“Jika anda masih keliru, sila berjumpa Mufti negeri untuk penjelasan lanjut,” titah baginda.

Sultan Ibrahim telah memperkenan fatwa tersebut yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), semalam. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat