Dr Noor Hisham tepis berita palsu letak jawatan KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menepis berita palsu yang mendakwa beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Ciapan Twitternya menegaskan bahawa sebaran WhatsApp yang mengumumkan peletakkan jawatannya itu sebagai berita palsu dan mengelirukan orang ramai.

Mesej tidak benar itu menulis Dr Noor Hisham melepaskan jawatan Ketua Pengarah Kesihatan kerana insiden kes kumulatif (backlog cases) melibatkan saringan pekerja kilang, penjara, klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus menjadi penyumbang kepada peningkatan kes baharu Covid-19 di Selangor membuatkan Perdana Menteri kurang senang tentang perkembangan itu.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut Twitter beliau menayatakan Dr Noor Hisham adalah simbol harapan untuk Malaysia dan berdoa agar beliau kekal selamat dan sihat.

Malah ada yang berkata, Malaysia sangat memerlukan khidmat beliau mendepani krisis pandemik Covid-19 ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat