18 Kematian, 4,284 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di dalam negara hari ini meningkat sebanyak 829 kes kepada 4,284 kes daripada 3,455 kes semalam sementara kes kematian menurun kepada 18 daripada 21 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, enam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,278 kes.

Selangor terus merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi iaitu 1,572 diikuti Johor (964 kes) dan Kuala Lumpur (651), menurut Dr Noor Hisham menerusi Twitter rasminya hari ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 pula meningkat kepada 226,912 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,309.

Kes yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula 307 dengan 141 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – bERNAMA

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Berita Berkaitan

Tiada Apa Perlu Ditakutkan Dengan Suntikan Vaksin COVID-19, Kata Penerima Awal

PUTRAJAYA - Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan suntikan vaksin COVID-19 kerana suntikan itu macam suntikan biasa untuk kesejahteraan diri, kata seorang petugas Kementerian...

Lebih Setengah Juta Penduduk Malaysia Daftar Untuk Terima Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu telah mendaftar...

Malaysia Airlines Akan Perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca-COVID-19. Dalam kenyataan...