YBR salur bantuan RM100 ribu kepada pelajar UUM

- Advertisement -

SINTOK — Yayasan Bank Rakyat (YBR) memberi Bantuan Awal Pengajian (BAP) dengan menyalurkan RM100,000 kepada pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai inisiatif pertama bagi tahun 2024.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, usaha ini dilakukan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Semoga pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.

“Diharapkan melalui bantuan ini menjadikan azam tahun baru pelajar semakin membara dan sedikit sebanyak pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut bagi pembelian kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi,” katanya dalam majlis penyerahan replika cek BAP di UUM.

Jelasnya lagi, YBR sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.

“YBR akan kekal meneruskan komitmen bagi membangunkan komuniti berpendidikan selaras dengan mandat dan halatuju YBR, untuk menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing.

“Dalam sesi yang berlainan, bantuan ini juga akan seterusnya akan dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan turut melibatkan 100 orang pelajar,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan, Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk makluman bagi tahun 2023, seramai 3,605 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.33 juta di seluruh negera.

Bantuan ini melibatkan 100 pelajar semester 1 hingga 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dari kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan UniMAP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat