Selangor negeri pertama jadi hos siri jelajah MADANI peringkat negeri – Fahmi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk melakukan Jelajah MADANI bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

“Kita akan umumkan, mungkin minggu depan mengenai tarikh dan lokasi program ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 10 Dis lepas, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan aksi perlawanan Piala Asia 2023 mulai 12 Jan ini.

Beliau berkata siaran itu tidak hanya terhad kepada perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya tetapi juga pasukan negara lain.

“Ada beberapa pihak yang bertanya sama ada akan disiarkan menerusi RTM. Jawapannya… ya, ia akan disiarkan menerusi RTM.

“Saya telah mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib. Insya-Allah akan disiarkan. Jangan risau, kerajaan akan pastikan kita dapat tonton perlawanan yang bukan hanya melibatkan Harimau Malaya tetapi juga pasukan lain dalam Piala Asia ini,” katanya.

Piala Asia 2023 menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah.

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran besar di Piala Asia 2023 apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Skuad negara akan membuka kempen Piala Asia 2023 berdepan Jordan pada awal pagi (waktu Malaysia) 16 Jan ini, sebelum menentang Bahrain (20 Jan) dan Korea Selatan (25 Jan). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat