Fahmi setuju J-Kom dirombak, akan umum kelak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersetuju dengan pandangan agar fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah kementerian itu dirombak.

Walau bagaimanapun menurutnya, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang pengumuman berhubung perkara itu.

“Sebenarnya sebelum isu ini dibangkitkan, saya sudah meneliti perkara tersebut.

“Sedikit sebanyak saya setuju dengan pandangan itu,” kata Fahmi di Putrajaya pada Rabu lapor Sinar Harian.

Terdahulu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi mengesyorkan J-KOM dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujudnya ‘Langkah Dubai’ untuk menggulingkan kerajaan.

Beliau menyifatkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop itu ‘cetek’ dan menyebabkan kerajaan dalam keadaan defensif apabila beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, beliau difahamkan kenyataan Ismail pada mulanya berasal daripada perbualan daripada Group WhatsApp yang disebarkan.

Sehubungan itu katanya, penyelarasan perlu dibuat bagi mengelak kejadian yang sama berulang pada masa akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat