Tanaman padi SMART SBB Ala Sekinchan akan diperluas seluruh negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan akan disasar diperluas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, matlamat utama daripada projek ini adalah untuk meningkatkan hasil padi dan menambah pendapatan pesawah melalui penerapan teknologi pertanian selain dapat mengurangkan keterlibatan pihak tengah dalam rantai nilai industri padi dan beras.

KPKM dalam kenyataan memaklumkan, SBB Ala Sekinchan yang diperkenalkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menandakan kerjasama strategik antara Kerajaan, industri, dan pesawah.

“Projek ini bertujuan menerapkan teknologi dan mempraktikkan pertanian terbaik dari kawasan Sekinchan, Selangor ke seluruh negara.

“Matlamat utama dari projek ini adalah untuk meningkatkan hasil padi dan menambah pendapatan pesawah melalui penerapan teknologi pertanian selain dapat mengurangkan keterlibatan pihak tengah dalam rantai nilai industri padi dan beras,” katanya.

Program SMART SBB Ala Sekinchan yang dilaksanakan KPKM itu, memberi penumpuan kepada model dan amalan pertanian baik sebagaimana yang dilaksakan pesawah di Sekinchan, Selangor.

Selain berupaya menambah pendapatan golongan pesawah menerusi peningkatan hasil padi, program itu juga disasarkan untuk membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import dalam tempoh dua tahun.

Program SMART SBB Ala Sekinchan yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat