Tidak ada siapa kebal undang-undang – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan tidak ada siapa kebal undang-undang berhubung kes seorang remaja perempuan membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa rogol pegawai berpangkat inspektor.

Azalina mengingatkan beliau memandang serius terhadap kes berkenaan dan menekankan bahawa terdapat prosedur yang spesifik untuk kendalikan saksi kanak-kanak.

“Saya memandang serius terhadap kes ini dan ingin tekankan bahawa terdapat prosedur yang spesifik untuk kendalikan saksi kanak-kanak iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Garis Panduan Khas untuk mengendalikan Kes Kesalahan Seksual tehadap kanak-kanak.

“No one is above the law,” tegas Azalina dalam ciapannya.

Beliau turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengambil tindakan tegas.

“Jangan harapkan pagar tapi pagar makan padi,” bidas beliau.

Terdahulu media melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun membuat laporan Sabtu lalu dan mendakwa dirogol inspektor itu ketika berada dalam bilik pejabat pegawai terbabit di sebuah berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya dipanggil inspektor berusia 30-an itu ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut keana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat