KKDW Boleh Diupayakan Dengan TVET

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) agar memastikan agensi Kementerian
Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus diupayakan khususnya dalam sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Kata Zahid dalam pertemuan ilmu itu banyak idea disumbangkan MPN yang dinilai mampu diangkat untuk pembangunan negara bangsa.

“Alhamdullilah, hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari MPN yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

“Lebih dua jam kami sama-sama berbincang dan melihat sisi kerjasama yang boleh dijalinkan. Pastinya, dengan kepakaran ilmuwan dan kluster yang wujud di bawah MPN, banyak data, kajian, penyelidikan dan idea yang mampu diangkat untuk pembangunan negara bangsa.

“Dalam rentetan perbincangan, isu utama yang diangkat menjurus kepada isu pembangunan di bawah KKDW yang melibatkan sektor pendidikan khususnya TVET,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Zahid juga mengajak para ilmuwan yang bernaung di bawah MPN untuk turut bersama dalam membantu dan memberikan kepakaran mereka dalam isu kos sara hidup demi kesejahteraaan rakyat.

“Saya juga berharap sesi perkongsian dan meraikan pendapat dari para ilmuwan ini akan terus diadakan kerana pertemuan seumpama ini adalah satu ‘koridor baharu’ dalam usaha mendapatkan input terbaharu yang diperlukan di dalam memastikan dasar pentadbiran negara sentiasa memenuhi aspirasi rakyat,” ujarnya.

Selain itu, awal pagi tadi Zahid yang juga Presiden Umno menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Pertemuan yang singkat. Namun, beberapa perkara sempat kami bincangkan terutamanya mengenai agenda pembangunan negeri Pahang serta penambahbaikan dalam menghadapi bencana banjir yang memerlukan pelan jangka masa panjang.

“Saya yakin di bawah pentadbiran Wan Rosdy di Negeri Pahang akan terus maju, aman, makmur dan sejahtera,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat