100 Ketua Umno Bahagian Lancar Kempen ‘Asal Bukan Zahid’ Secara Senyap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 orang Ketua Umno Bahagian di seluruh negara telah menjalankan kempen secara senyap untuk menggantikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelang pemilihan Umno yang dijadual didakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kempen ‘Asal Bukan Zahid’ bermula apabila beberapa Ketua Umno Bahagian telah berjumpa Bendahari Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien agar mengambil tanggungjawab memulihkan Umno.

Selain itu, sebahagian lagi telah berjumpa dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menuntut perkara yang sama.

Kata sumber, Ketua Umno Bahagian mendesak perubahan drastik dalam UMNO namun mereka tidak bergerak sebagai kumpulan yang besar.

Mereka mahu ketiga-tiga pemimpin ini bekerjasama menukar kepimpinan Umno yang dilihat gagal membantu pemulihan Umno.

Pemerhati politik dalaman UMNO berpendapat kempen ‘Asal Bukan Zahid’ itu kian mendapat sokongan berikutan tindakan Zahid membawa Umno menyertai kerajaan bersama PKR dan DAP.

Pun begitu, belum ada ketetapan rasmi lagi siapa yang bakal mencabar siapa dalam pemilihan kali ini.

Setakat ini difahamkan terdapat kira-kira 50 orang Ketua Umno Bahagian telah menyatakan sokongan kepada Hishammuddin bagi bertanding jawatan Presiden Umno bagi menggantikan Zahid.

Malah diberitahu sudah beberapa siri pertemuan Ketua Umno Bahagian bersama kumpulan Hishammuddin, Ismail Sabri dan Khairy sudah diadakan.

Kekalahan teruk Umno pada PRU15 membuatkan akar umbi mahukan gelombang perubahan dalaman parti dan juga teraju baru bagi memberi nafas serta imej segar kepada Umno supaya kembali relevan di hati rakyat.

Keputusan PRU15 pada 19 November lalu, nampaknya tidak mengembalikan nyawa Umno dan BN yang sebaliknya semakin tenat apabila hanya mampu menang 30 kerusi sahaja dan 70 peratus muka baru kecundang.

Bagaimanapun ada juga cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan atas alasan untuk menjamin kestabilan parti dan mengelak perpecahan.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat