Harimau Malaya kecundang, Cheng Hoe undur diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesan daripada kecundang awal Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020, jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe membuat keputusan mengundurkan diri atas dasar tanggungjawab.

Cheng Hoe, 53, yang mengambil alih Harimau Malaya pada 2018 membuat keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM menghormati keputusan tersebut dan bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat