Cara Zara bantu mangsa banjir kena kecam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Serba-serbi tidak kena, itulah situasi dilalui aktres, Zara Zya, 36, apabila warga netizen mempertikaikan caranya melakukan kerja pembersihan di rumah mangsa banjir di sebuah dewan di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon drama Korban Kasih dan Mr Bibik itu tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya, namun terus membantu mangsa banjir.

“Biarlah nak kata apapun. Bukan saya buat tutorial jual produk, jadi dewan ini bersih dan mangsa banjir gembira dengan kerja pembersihan,” katanya yang menjawab pertanyaan netizen mengenai caranya menggunakan ‘water jet’ untuk membersihkan lumpur kurang berkesan.

Bagaimanapun, Zara berkata, tetap positif kerana ada juga pihak menyokong dan memuji niat murninya itu.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia bersama pasukan ZaraPrihatin yang ditubuhkan pada 2019 menjalankan misi bantuan banjir sejak 20 Disember lalu.

Zara berkata, dia mahu membantu mangsa banjir dari segi emosi dengan menghulurkan bantuan barangan dan tenaga.

“Projek pertama ZaraPrihatin memberi bantuan barangan kepada mangsa banjir di Meru, Klang. Bagaimanapun, saya tidak sempat turun padang.

“Selepas itu, baru saya berkesempatan menyertai misi bantuan banjir di Temerloh pada 27 Disember lalu.

“Kami hulurkan bantuan barang, mencuci dewan dan pada masa sama melakukan ‘trauma healing’. Bantuan tidak semestinya hanya barangan.

“Saya percaya usaha ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan mangsa banjir. Saya tahu mangsa penat dari segi mental dan fizikal. Bila kita bersama, dapatlah melupakan masalah seketika,” katanya kepada BH Online.

 

Zara membantu kerja pembersihan sebuah dewan di Temerloh, baru-baru ini. - Foto IG Zara Zya
Zara membantu kerja pembersihan sebuah dewan di Temerloh, baru-baru ini. – Foto IG Zara Zya

Tambah Zara, dia dan pasukannya ke Hulu Langat bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila melihat depan mata nasib mangsa.

“Jujurnya, saya cukup terkesan sepanjang perjalanan ke lokasi. Saya dapat lihat kesan air sehingga separuh pokok getah. Nampak rumah pecah dan rosak, barangan bergelimpangan.

“Apabila berbual dengan penduduk, mereka amat bersedih dengan kemusnahan tempat tinggal. Tahun ini sahaja, dua kali mereka berdepan ujian banjir,” katanya.

Justeru, Zara berharap, diberi peluang untuk turun ke lokasi membantu meringankan beban mangsa.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat