UMNO Kota Bharu Desak Putus Hubungan Dengan Bersatu

- Advertisement -

KOTA BHARU – UMNO Bahagian Kota Bharu mendesak kepimpinan UMNO memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti Bersatu.

Usul politik ini dibentang oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Kota Bharu, Dr Ahmad Razukee Zulkifli dan disokong Ketua Penerangannya, Mohamad Afiq Farhan Mohd Hanipha.

Katanya, desakan itu datangnya dari suara akar umbi yang menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan permainan politik licik Bersatu.

Selain usul itu, UMNO Bahagian Kota Bharu turut mencadangkan kerajaan PN mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada suku pertama 2021.

“Hal ini bagi menyerahkan mandat kepada rakyat dan sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam tempoh masa terdekat, maka Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) mestilah menarik balik sokongan kepada kerajaan PN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau secara lantang mencadangkan supaya kerjasama antara UMNO dan PAS dikaji semula dengan lebih jelas berdasarkan sikap pemimpin PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

“Semua peringkat lapisan ahli UMNO akar umbi di Bahagian Kota Bharu diseru supaya sepakat memberi kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalannya, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dalam menentukan arah dan hala tuju UMNO medepani PRU15 nanti.

“Kita ahli UMNO di peringkat akar umbi akan terus menyokong apa jua keputusan dan ketetapan oleh kepimpinan demi memartabatkan UMNO, bangsa Melayu dan agama Islam.

“Marilah kita menzahirkan ketaatan, sentiasa patuh dan walak kepada pemimpin,” serunya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat