UMNO Hulu Langat Tanya Sama Ada PAS Masih Berminat Dengan MN Atau Pilih PN?

- Advertisement -

HULU LANGAT- UMNO Bahagian Hulu Langat mendesak pucuk pimpinan parti segera mendapatkan kepastian sama ada PAS masih berminat untuk bersama Muafakat Nasional (MN) atau parti Islam itu ingin mendukung Perikatan Nasional (PN).

Susulan pertikaian itu, UMNO Hulu Langat memohon PAS memberi jawapan tegas dan tidak berdolak-dalih.

Kata usul itu, menyedari bahawa kekuatan UMNO mula dirosakkan secara terang-terangan mahupun senyap oleh rakan yang dianggap sebagai sekutu untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa yang sejak kebelakangan ini amat mendukacitakan.

“Hal demikian, UMNO Hulu Langat menolak sama sekali sebarang bentuk kerjasama mahupun penggabungan dengan Bersatu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

“Selain itu, menyarankan agar UMNO bertanding di ketiga-tiga kerusi iaitu Parlimen Hulu Langat, DUN Dusun Tua dan Semenyih tanpa kompromi,” tegas usul itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat