Kekalkan Keharmonian Dalam Parti – Annuar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kewujudan terlalu ramai ‘tukang cakap’ menyebabkan suasana tidak harmoni timbul dalam pentadbiran sesebuah parti.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata malah banyak isu kini dikupas orang yang bukan ahli parti, demikian juga ada bekas ahli masih bercakap seolah-olah diri ada ‘kuasa’ dalam parti.

Justeru, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pentadbiran parti perlu memastikan lebih banyak maklumat disalurkan bagi memastikan ‘naratif’ sebenar sampai ke bawah.

Katanya, beliau bimbang apabila melihat seolah-olah wujud ‘serangan’ bukan saja antara parti tetapi juga sesama segelintir individu dalam parti secara terbuka sejak akhir-akhir ini.

“Saya yang sudah lama menjadi Ahli MKT, tidak pernah melihat keadaan sebegini sebelum ini.

“Sudah hampir 30 tahun saya menjadi Ahli MKT yang pada kebiasaan ahlinya cukup berdisiplin, hormat-menghormati dan jika wujud perbezaan pendapat, ada kaedah yang boleh selesaikan,” katanya.

Beliau yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Melor, dekat sini, semalam, berkata justeru usaha perlu digerakkan untuk terus mengekalkan keharmonian dalam parti – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat