Enam Beranak Mangsa Lemas Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

- Advertisement -

SRI AMAN – Jenazah Siti Aishah Abdullah, 36, yang terkorban dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di sini pada 6.22 petang Sabtu.

Selain suaminya, Mohamad Hamzah Razali, pengebumian jenazah Allahyarham turut dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai mereka yang menyedari pasangan itu juga kehilangan lima anak termasuk bayi lelaki yang baru berusia empat bulan.

Jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya iaitu Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16 (perempuan), Khairunnisa, 14 (perempuan), Mohd Aiman, 7, Muhd Mustaqim, 5, serta dan Mohd Ahmad, 4 bulan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah adik Siti Aishah iaitu Lorna Ting, 33, serta dua anaknya, Alvin Phang, 12, dan Wallace Phang, 7.

Difahamkan mayat Lorna serta dua anaknya itu akan dibawa pulang ke Sibu malam Sabtu sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sri Aman.

Dalam kejadian 3.30 petang Jumaat, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Lorna telah terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar, di Pangkalan Feri Triso, kira-kira 100 kilometer dari sini semasa menunggu untuk menaiki feri. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat