UMNO Bertanding PRU15 Atas Tiket BN

- Advertisement -

PASIR GUDANG – UMNO tidak menolak kemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) kerana parti itu merupakan gabungan politik yang besar, berjasa dan sudah dikenali rakyat termasuk menjadi simbol perkongsian kuasa antara parti politik.

Naib Pesiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO juga perlu mengukuhkan BN yang menjadi jenama politik sebati dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Ideologinya sederhana, pendekatannya berasaskan muafakat dan pentadbirannya berhasil membangunkan Malaysia moden.

UMNO dan Pas merupakan kekuatan politik yang ampuh namun UMNO perlukan BN untuk urus sokongan bukan Melayu termasuk juga Sabah dan Sarawak.

“Tiada parti dapat membentuk kerajaan tanpa sokongan masyarakat berbilang kaum. Kerana itu UMNO perlu kembali ghairah kukuhkan BN dan bukan menerusi wadah lain,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘hidup BN’ oleh beberapa perwakilan UMNO.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Hotel Amansari di sini pada Sabtu.

Mohamed Khaled berkata, rakyat tahu BN bukan sekadar simbol atau logo semasa pilihan raya umum sahaja sebaliknya ideologi yang sudah diterima berdekad-dekad lamanya dan berjaya ‘mengikat’ pelbagai kaum di negara ini.

Jelasnya, UMNO tidak memerlukan PN kerana gabungan tersebut tidak mampu menarik sokongan bukan Melayu dan penyertaan beberapa menteri bukan Melayu dalam Kabinet kerajaan PN ketika ini sekadar ‘penyeri’ dan tidak lebih daripada itu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PN juga tidak mempunyaikekuatan sebenar untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam yang mana peranan itu diterajui Muafakat Nasional (MN).

Pada masa sama katanya, PN tertubuh secara ‘ad hoc’ di peringkat ahli-ahli Parlimen tanpa persetujuan ahli akar umbi selain tidak mempunyai ideologi dan idealisme yang jelas serta tanpa misi yang strategik untuk Malaysia.

Dalam sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, perancangan untuk UMNO menggunakan platform BN dalam PRU15 masih dalam peringkat perbincangan dan sedang diperhalusi pucuk pimpinan.

Katanya, perbincangan juga menjurus kepada mencari persefahaman antara parti politik yang mahu mahu bekerjasama dengan UMNO supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU15 nanti – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat