Banjir Johor Jejas Lima Daerah, Mangsa Meningkat 1,780 Orang

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor kini melibatkan lima daerah dengan jumlah mereka yang terjejas meningkat kepada 1,780 mangsa setakat 8 malam tadi berbanding 1,000 orang pada 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata Batu Pahat menyusuli Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Kota Tinggi dilanda bencana itu.

Menurut beliau, 14 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan 28 PPS beroperasi setakat 8 malam tadi iaitu 12 di Kluang, Kota Tinggi (7), Johor Bahru (6), Kulai (2) dan satu di Batu Pahat.

“Di Kluang, jumlah mangsa terus meningkat iaitu seramai 698 mangsa daripada 206 keluarga melibatkan Kampung Yap Tau Sah, Kampung Kola Air, Kampung Haji Noh, Kampung MD Amin, Kampung Org Asli Tanah Runtuh.

BACA: Banjir Johor: Barang keperluan sekolah hanyut, ibu bimbang keperluan lima anak.

“Sementara Johor Bahru merekodkan 690 mangsa daripada 186 keluarga melibatkan antaranya penduduk di Kampung Laut Batu 10 Skudai, Kampung Sentosa Barat, Kampung Sentosa Damai, Lorong Aris Batu 8 Skudai serta Rumah Orang Tua Sam Poh,” katanya dalam kenyataan pada malam tadi.

Vidyananthan berkata di Kota Tinggi, seramai 286 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan, melibatkan penduduk Kampung Bukit Raja, Kampung Sri Delima, Kampung Sri Jaya, Kampung Muhibbah, Kampung Sedili Kecil dan Kampung Lepau.

Sementara itu di Batu Pahat, tujuh mangsa daripada empat keluarga melibatkan penduduk di Kampung Sungai Sedi Yong Peng, manakala Kulai melibatkan 99 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Sungai Siam dan Kampung Jaya Sepakat.

Selain itu, satu kes kematian akibat lemas dilaporkan di Kampung Contoh dekat Kluang, manakala laluan FT092 Jalan Pengerang-Kota Tinggi ditutup sementara selepas ditenggelami air, katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan