Tolak DAP, Kekalkan Perjuangan UMNO – Hishammuddin

- Advertisement -

SEMBRONG: UMNO Bahagian Sembrong meminta UMNO menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam mendapat kuasa pemerintahan negara.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, menegaskan walaupun lumrah politik memang dinamik dan sentiasa berubah-rubah, namun UMNO tidak boleh berubah pendirian dan agenda perjuangan yang dibawa sejak 74 tahun lepas.

“Siapa pun kawan dan lawan kita hari ini, UMNO mesti tetap menjadi UMNO. UMNO mesti kekal fokus dan gagah berdiri di atas landasan perjuangannya.”

Hishamuddin turut mengingatkan bahawa selama 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP banyak hak dan kepentingan Islam dan orang Melayu telah terhakis dan terancam.

“Kalau kesemua ini bukan tindak tanduk yang mencabar kesabaran, mengguris hati dan perasaan, mencalarkan maruah dan memperkotak-katikkan Islam serta Melayu, apa lagi tindakan yang boleh menyedarkan kita bahawa DAP tidak sesekali boleh dibuat kawan?

Bagaimanapun Hishamuddin tidak menolak sebarang kerjasama politik dengan pihak lain yang mampu memperkukuhkan idealisme perjuangan UMNO dalam memartabakan agama, bangsa dan negara.

“Kalaupun ada pihak-pihak yang ikhlas menawarkan kerjasama dan mahu berbaik-baik dengan UMNO, syaratnya mereka mesti sedia berkongsi matlamat yang sama. Islam dimartabatkan. Melayu diutamakan. Hak kaum lain dihormati dan disantuni selayaknya. Raja-Raja Melayu dipertahankan dan kebajikan rakyat didahulukan.” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat