UMNO ditubuh dan dibentuk untuk memimpin – Najib

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO ditubuh dan dibentuk untuk memimpin dan bukan dipimpin, kata Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan parti itu harus kembali menjadi parti pendokong utama dalam kerajaan.

Walaupun Najib tidak secara khusus menamakan mana-mana pihak, ucapannya diyakini ditujukan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengetuai kerajaan pusat dan didakwa segelintir pihak mengawal beberapa menteri UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Umno tidak dibentuk untuk menyokong mana-mana parti apatah lagi menjadi parti pembangkang. UMNO dibentuk untuk memimpin agar tidak dipimpin.

“Sekiranya UMNO terus menjadi sebahagian daripada parti komponen, menyokong kerajaan tetapi dianggap sebagai kelas kedua, kita akan segera melihat pengakhiran UMNO,” katanya. 

“Kita dahulu peneraju agenda dan hala tuju bukan seperti hari ini menjadi pendokong dan pengikut, asal ada jawatan menteri sudah gembira.

“Kita harus keluar dari putaran ganas kehilangan keyakinan diri untuk membina kejayaan baru dan berterusan, jika kita berterusan kekal maka UMNO akan berakhir sebagai parti politik yang berpengaruh,” katanya ketika merasmikan mesyuarat bahagian UMNO Pekan hari ini.

Najib bukan pemimpin UMNO pertama yang menyerang Bersatu dalam mesyuarat bahagian.

Pengarah Pilihanraya UMNO Tajuddin Abdul Rahman juga menjelaskan semalam bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Sebagai tambahan Ketua Perhubungan UMNO Pahang Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu Bersatu untuk tidak bertanding di Pahang kerana parti itu tidak mempunyai kerusi di negeri berkenaan.

UMNO Bahagian Pulai di Johor menjadi bahagian pertama dalam parti meluluskan usul yang meminta pemimpin parti untuk segera keluar dari kerajaan PN bagi memaksa pilihan raya umum diadakan.

Ketuanya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ahli UMNO khuatir kegagalan PN memerintah dengan baik akan dikaitkan sebagai “kegagalan kita bersama dan UMNO-BN akan dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan lagi.”

Oleh itu UMNO Pulai mahukan pimpinan parti menamatkan sokongan kepada kerajaan PN selain mendesak pilihan raya umum diadakan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat