PRU15: UMNO Tidak Akan Serah Kerusi Masjid Tanah

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO Melaka bertegas meletakkan calon mewakili parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berkata, penting untuk parti itu mempertahankan kerusi yang dimenangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14.

“UMNO tidak ada masalah jika Bersatu ingin bertanding di kerusi yang dia menang seperti Parlimen Alor Gajah…dipersilakan.

“Tetapi kita tidak benarkan kerusi Masjid Tanah yang kita menang untuk diberikan kepada Bersatu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah seperti dilapor BH.

Ab Rauf berkata pada masa sama menggesa supaya PRU-15 segera diadakan bagi membolehkan UMNO dan PAS yang bekerjasama erat melalui Muafakat Nasional serta parti lain dalam BN bersama-sama membentuk kerajaan.

Pada masa sama, beliau menegaskan kerjasama antara UMNO dengan PAS perlu diperkukuh untuk menghadapi PRU-15, namun kerjasama parti itu dalam Perikatan Nasional perlu dikaji semula.

Sebelum ini dalam PRU lalu, kerusi Parlimen Masjid Tanah diwakili calon BN, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, sebelum wakil rakyat itu keluar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kredit foto: UMNO Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat