Polis Tahan Semula Suspek Lari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lelaki yang lari daripada tahanan polis di wad kecemasan hospital kerajaan, di sini, awal pagi tadi, berjaya ditangkap semula.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata suspek berusia 43 tahun itu ditangkap sebelum ini oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 29 Disember lalu, kerana terbabit kes dadah.

Pada jam kira-kira 4.30 pagi tadi, katanya, lelaki itu yang juga tangkapan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 melarikan diri dari tahanan polis ketika berada di hospital terbabit.

“Lelaki itu mendapatkan rawatan penyakit sawan dan meminta bantuan polis untuk membawanya ke tandas.

“Ketika berada dalam tandas, lelaki itu mengambil kesempatan melarikan diri melalui tingkap yang tidak mempunyai besi penghalang.

“Pada jam 10.30 pagi tadi, anggota IPD Petaling Jaya membuat serbuan di Port Dickson, Negeri Sembilan yang membawa kepada penahanan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat