Nad Zainal dah sedar, boleh bergerak pegang telefon

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal, 32, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 22 November lalu kini sudah mula sedar dan doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam.

Perkembangan terbaharu yang juga berita baik mengenai keadaan kesihatan Nad itu dikongsikan teman rapatnya juga pelakon, Ungku Ismail Aziz menerusi satu rakaman video di Instagram, malam tadi

Ungku Ismail berkata, Nad menunjukkan perkembangan amat positif yang semakin baik. Cuma, keadaannya perlu dipantau lagi oleh doktor kerana masih dirawat di ICU.

“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua.

Alhamdulillah, Nad juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya dan perlu membuat fisio.

“Apapun, Nad banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan proses penyembuhannya juga bagus. Namun, dia masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya mohon kita teruskan berdoa untuk Nad,” katanya.

Ungku Ismail berkata semoga urusan Nad dipermudahkan dan lancar. Malah, dia juga berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan untuk membantu Nad.

Terdahulu, difahamkan juga tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu berjaya mengutip sebanyak RM70,000 setakat ini.

Tujuan kutipan dana itu dibuat adalah untuk menampung kos rawatan Nad sejak dia dirawat di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota lebih seminggu lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat