Bekas suami kena serangan jantung, Jasmin Hamid mohon doa orang ramai

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Jasmin Hamid, 50, memohon doa orang ramai terhadap kesihatan bekas suaminya, Ian Rashid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah perubatan, akibat serangan jantung.

Dia juga sempat menziarah Ian atas dasar sahabat dan berharap bekas suaminya itu mendapat kesembuhan segera.

“Allahuakbar. Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya, lan Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung. Ada enam saluran tersumbat.

“Saya dan suami pergi menziarah bekas suami di hospital. Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing sudah ada pasangan baru. Beliau orang baik.

“Hanya Allah saja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian. Terima kasih dari saya sekeluarga,” katanya.

Jasmin yang pernah diduga serangan jantung sebelum ini juga berharap orang ramai sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kesihatan jantung masing-masing.

“Saya ada sakit jantung, tapi sekarang beliau (Ian) yang sihat walafiat sebelum ini pula berada di ICU sebab kena serangan jantung. Ini semuanya adalah ketentuan Allah.

“Pergilah periksa dengan doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah ‘silent killer’ (pembunuh senyap),” katanya.

Terdahulu, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ian Haziq yang juga seorang pelakon.

Tahun lalu, Jasmin kembali mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Nazmir Abd Rahman, 36.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat