Varian Omicron: 13 Lagi Negara Dikenakan Sekatan Perjalanan – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 13 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweeden dan Nigeria.

“Pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

“Bagi penduduk Langkawi (warganegara dan pemegang pas lawatan panjang) dari negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan sebelum dibenar meneruskan perjalanan ke Langkawi. Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.

Beliau berkata, negara terbabit dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh), Afrika (Angola, Botswana, Eswatini).

Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat