Majoriti Ketua Cabang PKR Sabah Tandatangan SD Tolak Christina Liew

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Seramai 17 daripada 26 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak Datuk Christina Liew sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan parti itu di negeri ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tawau, Tommy Thomas berkata, pihaknya percaya pihak kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya.

“Saya yakin Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum bahawa 17 daripada 26 Ketua Cabang telah menandatangani SD untuk menolak Christina sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

“Lima cabang berkecuali dan empat lagi cabang menolak. Malah, dalam SD yang telah diserahkan kepada Presiden turut disertakan nama Ketua Cabang yang disokong untuk mengemudi bahtera PKR Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Thomas berkata, susulan itu, beliau yakin Anwar akur terhadap keputusan akar umbi dan merombak semula kepimpinan PKR negeri.

“Oleh itu, saya menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum ia menjadi semakin parah.

“Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk merombak semula kepimpinan Keadilan Sabah agar parti ini dapat bergerak dengan baik dalam langkah persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Sebelum itu, Thommy memaklumkan bahawa PKR Sabah sudah lama dilanda krisis kepimpinan sejak diambil alih oleh Christina.

“Sebelum ini PKR Sabah merupakan parti pembangkang paling dominan, namun ia menjadi suram selepas Christina mengambil alih tampuk kepimpinan.

“Christina bukan sahaja gagal membantu cabang-cabang PKR di negeri ini tetapi juga dilihat tidak serius dalam mengemudi parti ini.

“Ia semakin terserlah selepas kegagalan Christina mengekalkan beberapa kerusi ditandingi PKR pada tahun 2013 apabila cuma bertanding lapan daripada 60 kerusi DUN pada tahun 2018. Malah lima dari lapan kerusi ditandingi merupakan kawasan hitam yang telah ditolak semua sekutu termasuk Parti Warisan,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat