139 Pelajar, Guru & Petugas Sekolah Seri Puteri Dikesan Positif Covid-19 Setakat Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seramai 139 orang terdiri daripada 114 pelajar Sekolah Seri Puteri, 15 guru dan 10 petugas dikesan positif Covid-19 iaitu melibatkan Kluster Persiaran Tasik sehingga pukul 3 petang hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ri Ngadiman berkata, kesemua kes positif tersebut berada dalam keadaan stabil iaitu kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

Menurutnya, kes-kes tersebut dikesan selepas saringan dijalankan terhadap seramai 946 orang meliputi 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas.

“Semalam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan ke atas 240 pelajar dan seramai 65 kes baharu positif Covid-19 dikesan.

“Proses saringan diteruskan hari ini ke atas 523 individu terdiri daripada 432 pelajar, 53 guru dan 38 petugas. Daripada saringan tersebut, 65 kes baharu dikesan melibatkan 43 pelajar, 13 guru dan sembilan petugas dikesan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Sha’ri berkata, kluster Covid-19 di sekolah tersebut ialah Kluster Persiaran Tasik yang diumumkan pada 29 November lalu melibatkan kes indeks merupakan seorang guru didapati bergejala pada 22 November dan disahkan positif Covid-19 pada 24 November.

“Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru.

“Kesemua enam pelajar kini telah dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah,” katanya.

Menurutnya, PKD Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini manakala, sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik ini akan dikemas kini untuk makluman umum dari semasa ke semasa.

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat