TGV terima lebih sejuta pelanggan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebih lapan minggu kembali beroperasi, rangkaian pawagam TGV menerima kunjungan lebih sejuta pelanggan yang mahu merasai keseronokan menonton filem di panggung wayang pada era pandemik COVID-19.

Sambutan penonton itu membuktikan premis pawagam popular itu masih meraih keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

TGV juga berbangga pelanggan termasuk selebriti dan pakar kesihatan menyambut baik SOP yang diperkenalkan di premis TGV dan langkah keselamatan membendung penularan COVID-19.

Bagi meraikan pencapaian itu, ahli MovieClub TGV diberi ganjaran berbentuk konsesi makanan percuma berupa ‘royale popcorn’ di semua pawagam TGV berhampiran.

Bagaimanapun, tawaran itu tertakluk kepada setiap pembelian tiket filem untuk sesi tayangan hari ini di premis pawagam itu seluruh negara.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava, berkata ahli MovieClub TGV yang sudah membeli tiket untuk slot hari ini, kombo Royale Percuma akan dikreditkan dalam akaun keahlian mulai Sabtu ini.

“Keahlian untuk program ini adalah percuma. Ia hanya mengambil beberapa minit untuk mendaftar,” katanya kepada BH Online.

Mohit berkata, TGV bagaimanapun enggan terus selesa dengan sambutan baik pelanggan sejak pembukaan semula rangkaian pawagam itu.

“Kita berjaya memperoleh pencapaian ini dalam tempoh singkat walaupun masih beroperasi dengan kapasiti tempat duduk dihadkan.

“Namun, kita berdepan kekangan di mana masih belum dapat mengalu-alukan kehadiran kanak-kanak dan seisi keluarga ke pawagam.

“Kita terus menerima maklum balas pelanggan yang ingin membawa kanak-kanak ke pawagam terutama pada musim cuti sekolah yang akan tiba,” katanya.

Mohit berkata, kebanyakan pelanggan membabitkan seisi keluarga termasuk kanak-kanak seperti yang dilihat sebelum era pandemik COVID-19.

“Kanak-kanak dan keluarga mereka belum berpeluang datang ke pawagam. Namun, kami dan agensi berkaitan sedang giat berusaha meyakinkan pihak berkepentingan untuk membenarkan mereka kembali menonton wayang di pawagam.

“Kami berharap agar persetujuan daripada semua pihak dapat dicapai dan berita baik ini dapat dikongsi dengan pelanggan dalam masa terdekat,” katanya.

Mohit yakin deretan filem pecah panggung yang dijadual ditayangkan pasti menarik penonton ke pawagam.

“Antara filem itu adalah Spider-Man No Way Home, Ghostbusters: Afterlife, The Matrix Resurrections & The King’s Man yang akan ditayangkan bulan ini.

“Rakyat Malaysia pasti rambang mata dengan senarai filem yang bakal ditayangkan apatah lagi menikmatinya melalui paparan skrin besar seperti sebelum ini,” katanya.

Maklumat lanjut slot tayangan layari www.tgv.com.my atau www.tgv.com.my/promotions/weve-achieved-1-mil-admissions.

Harian Metro

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat