Dewan bertaraf dunia

- Advertisement -

RANGKAIAN dewan konsert terkemuka dari negara Jepun bakal membuka pintunya di Kuala Lumpur pada suku kedua tahun depan.

Anak syarikat Sony Music Entertainment (Japan) Inc, Zepp Kuala Lumpur itu bakal dibuka di tengah-tengah ibu kota yang dibina di atas bekas tapak Penjara Pudu serta menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Zepp Hall Network ditubuhkan pada 1998 dan lokasi baharu ini bakal menjadi dewan acaranya yang ke-11, dengan sembilan cawangan di Jepun, termasuk satu lagi di Taiwan iaitu Zepp New Taipei.

Idea untuk menubuhkan kemudahan berinovasi ini tercetus kira-kira lebih 20 tahun lalu. Ketika itu, tiada tapak konsert sesuai bersaiz sederhana yang boleh memuatkan 2,000 hingga 3,000 penonton.

Sony Music Entertainment (Japan) Inc mengenal pasti keperluan untuk menyediakan tapak alternatif selain daripada ruang teater untuk persembahan kumpulan rock. Malah, mereka berpadu tenaga dengan Zepp bagi membangunkan satu pusat sehenti untuk penganjuran konsert untuk kegunaan artis.

Zepp Sapporo menjadi cawangan pertama milik rangkaian dewan acara ini, sebelum ia melebarkan sayap ke Osaka, Tokyo, Fukuoka, Nagoya dan Yokohama, bagi memudahkan artis membuat siri jelajah di negara itu dengan reka bentuk pentas yang sama.

 

ANTARA ruangan luas acara disediakan Zepp Kuala Lumpur.
ANTARA ruangan luas acara disediakan Zepp Kuala Lumpur.

 

Presiden Zepp Hall Network Inc, Akura Uehara berkata, kejayaan Zepp turut membawa kepada pengembangan di peringkat antarabangsa, dengan cawangan di Singapura, Taiwan dan kini di Malaysia.

“Zepp sudah melangkah jauh sejak 1998. Apa yang bermula sebagai tempat untuk membantu artis di Jepun, kini berkembang menjadi satu perniagaan yang menawarkan penyelesaian kepada pelbagai industri dan acara, tidak kira sama ada persidangan korporat, pameran kereta atau majlis perkahwinan.

“Pengembangan kami di peringkat antarabangsa adalah salah satu daripada cara kami membantu industri acara di seluruh dunia dengan menawarkan satu penyelesaian sehenti untuk acara bersaiz sederhana.

“Kami sangat gembira kerana dapat melancarkan Zepp Kuala Lumpur ini. Dewan acara yang serba baharu ini akan menjadi sebuah pusat pertukaran budaya di antara Malaysia dan Jepun,” katanya lagi.

Usaha Zepp ini merangkumi sebuah dewan seluas 6,500 kaki persegi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia bakal menempatkan lapan petak VIP dengan ruang rehat dan tempat duduk peribadi. Ruang acara berkapasiti 2,500 penonton ini turut menawarkan kemudahan terbaik yang cukup sinonim dengan jenama global Zepp.

Disukai oleh artis-artis terkenal antarabangsa, tapak acara yang serba canggih ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan audio berkualiti tinggi bagi memudahkan penganjur acara membuat sesi raptai dan membantu menjimatkan kos produksi.

Dewan acara ini juga sangat popular dalam kalangan artis yang gigih mencipta nama, apabila memberikan mereka pentas yang ideal untuk membuat persembahan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat