Roy tak mampu gerak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sepanjang tahun ini, hospital bagaikan rumah kedua buat penyanyi Kau Ratnaku, Roy.

Januari lalu, Roy dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat dijangkiti virus COVID-19. Seterusnya, Roy diduga apabila disyaki mengalami masalah jantung hingga terpaksa dirawat di sebuah pusat perubatan.

Tiga minggu lalu, sekali lagi Roy atau nama sebenar, Mohammad Rauzan Alwi, 57, ditimpa malang apabila mengalami kecederaan serius pada kaki dan bahu kiri selepas terjatuh ketika mengambil wuduk.

Berkongsi perkembangan terkini, Roy memberitahu, dia menjalani rawatan pemulihan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur akibat retak pada tulang pinggul selain sambungan tulang bahunya retak dan terkehel.

“Sebelum itu, saya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kemudian saya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah.

“Bagaimanapun, selepas menjalani ujian imbasan sinar X, doktor menyarankan agar pembedahan tidak dilakukan kerana keadaan pada bahagian yang tercedera tidak begitu mengizinkan.

“Justeru, saya diminta bertahan dan membiarkan kecederaan saya pulih sendiri. Ini mungkin akan mengambil masa antara tiga bulan hingga setahun.

“Jadi di KPJ Tawakal, saya jalani rawatan fisioterapi asas kerana masih belum mampu bergerak. Saya hanya terlantar di atas katil.

Masih menjalani fisioterapi, Roy mula bimbang sukar mencari pendapatan bermain muzik di jalanan pada masa depan. Foto Ihsan Roy
Masih menjalani fisioterapi, Roy mula bimbang sukar mencari pendapatan bermain muzik di jalanan pada masa depan. Foto Ihsan Roy

 

“Hendak buang air pun terpaksa menggunakan lampin pakai buang,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu yang berkonsepkan patriotik ini mengaku bimbang memikirkan masa depannya.

“Sebagai pemuzik jalanan, kecederaan ini memberi impak daripada segi pergerakan. Perkara inilah yang merisaukan saya. Disebabkan itu, saya dapatkan rawatan di pusat rehabilitasi ini agar mampu bergerak tanpa bantuan sesiapa.

“Namun, kosnya agak mahal. Untuk tempoh dua minggu rawatan, saya perlu membayar ribuan ringgit. Itupun saya pinjam duit sepupu kerana saya tiada insurans,” katanya.

Roy memilih rawatan di hospital berbanding rumah kerana tidak mahu menyusahkan anggota keluarga lain yang bekerja.

“Saya masuk ke pusat rehabilitasi ini atas saranan doktor di HUKM. Kes saya ini agak rumit kerana tahap kecederaannya agak kritikal. Kalau tersilap, saya boleh lumpuh kekal.

“Saya hanya akan pulang ke rumah selepas sudah boleh berdikari dan bergerak walaupun tidak seperti dulu. Status saya kini boleh dianggap seperti Orang Kelainan Upaya (OKU),” ujar penyanyi bersuara ‘jantan’ ini.

Untuk meringankan beban, bekas peserta musim keenam program realiti Gegar Vaganza (GV6) ini sudah membuat permohonan bantuan zakat dengan pertolongan seorang teman.

“Saya ada maklumkan mengenai masalah saya ini kepada seorang teman. Atas bantuannya, pihak pungutan zakat ada menghubungi saya untuk mendapatkan butiran diri.

“Antara bantuan yang diperlukan adalah wang untuk membiayai kos rawatan untuk tempoh dua minggu akan datang dan kerusi roda.

“Apabila saya susah mampu bergerak tanpa bantuan sesiapa, bolehlah saya gunakan kerusi roda itu untuk membawa saya pergi ‘busking’.

“Sebagai ketua keluarga, saya mahu segera pulih dan dapat kembali mencari rezeki seperti biasa,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat