GSC Mid Valley tayang tiga filem Korea Selatan percuma sempena KFF2021

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kedutaan Republik Korea melancarkan penganjuran Festival Filem Korea (KFF) 2021 yang berlangsung mulai esok hingga 5 Disember ini di GSC Mid Valley Megamall, di sini, hari ini.

Duta Besar Republik Korea Ke Malaysia, Lee Chi Beom berkata festival itu menjadi acara pembuka Festival K-Culture oleh kedutaan terbabit dalam memperkenal lagi budaya Korea di negara ini.

“Meskipun berdepan pandemik Covid-19, budaya dan kandungan Korea terus digemari di seluruh dunia. Banyak sebab ia digemari dan saya percaya Malaysia antara yang paling mendahului dalam menyebarkan gelombang Korea.

“Kami di kedutaan menganjurkan Festival K-Culture pada tahun ini demi menghargai dan menyokong semua yang terus mencintai budaya Korea. Pelancaran hari ini menjadi pembuka kepada Minggu Korea 2021,” katanya.

Menyemarakkan lagi KFF2021, tiga filem terbaik dari Korea Selatan bakal ditayangkan secara percuma bertempat di GSC Mid Valley. Tiga filem itu termasuk Minari, Seobok, dan The Hypnosis.

“Selain menonton tayangan percuma, anda juga boleh menikmati permainan tradisional Korea dan Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia dan Korea pasti menikmati permainan itu,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran terbabit adalah Setiausaha Kebudayaan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Dr Ahmad Idham, Setiausaha Bahagian Kementerian Kebudayaan, Seni, dan Budaya, Dr Christina Yeo, dan Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee.

Untuk penebusan tiket percuma menonton tiga filem terbabit, pengunjung yang berminat hanya perlu ke kaunter e-bayaran GSC melalui aplikasi mudah alih atau laman web, atau ke e-kiosk.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat