PM sangkal kerajaan abai isu harga barang naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi pencerahan sekali gus menafikan dakwaan palsu yang mengatakan kerajaan lepas tangan masalah petani dan kononnya kenaikan harga barangan adalah di luar kawalan.

Ismail Sabri menjelaskan perkara sebenar dalam video yang dikongsi di Facebooknya pada Khamis dengan mengatakan tersebar klip yang mengatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul.

Tegas Perdana Menteri, video itu dipotong untuk tujuan manipulasi.

“Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan.

“Sebagai kerajaan kita mesti bertanggungjawab untuk memastikan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya rakyat tidak dibebankan,” ujar beliau.

Ismail Sabri memberitahu lagi sewaktu di Majlis Makan Malam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), beliau ada mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM262 juta untuk membantu.

“…Iaitu RM62 juta untuk insentif racun. Kalau dulu petani diberi RM200 sebagai insentif, sekarang ini kita tambah RM100 lagi menjadi RM300.

“Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta tanpa faedah dan moratorium selama 6 bulan.

“Kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM262 juta supaya alasan harga perlu dinaikkan kerana kos pengeluaran meningkat disebabkan harga racun tinggi tidak boleh lagi digunakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat