73 dijangkiti COVID-19 di SSP Cyberjaya kategori 1, 2A

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seramai 71 pelajar dan dua orang guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

“Kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Mereka berada dalam kategori 1 dan 2A serta berada dalam keadaan stabil.

“Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP,” katanya melalui ciapan di Twitter, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KKM akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat.

Pada Rabu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif COVID-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat