PKPB Di Sabah Mungkin Dilanjutkan

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat,...

KOTA KINABALU – Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadual tamat 6 Disember ini mungkin disambung lagi.

Beliau berkata, walaupun Sabah sudah mula mencatat penurunan kes baharu positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu, ia kekal dalam lingkungan tiga angka yang disifatkannya sebagai masih bahaya.

“Kita masih dalam lingkungan yang bahaya. Tiga angka kes harian positif Covid-19 ketika ini tidak membuatkan kita merasa selesa, lebih-lebih lagi masih ada turun naik kes.

“Malah, angka ini sepatutnya mengingatkan kita supaya terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam ini.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PKPB di Sabah yang dijadualkan tamat pada 6 Disember ini akan ditamatkan atau sebaliknya.

Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kes positif Covid-19 di Sabah masih menunjukkan turun naik iaitu daripada 441 kes pada 27 November lalu kepada 476 kes (28 November), 290 kes (29 November), 326 kes (30 November), 267 kes semalam dan 229 kes hari ini.

Katanya, kerajaan meneliti pelbagai aspek termasuk ekonomi dan situasi semasa kes jangkitan Covid-19 di Sabah dalam beberapa hari menjelang tamatnya tempoh PKPB.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan membuat penilaian dan analisa mengenai situasi semasa Covid-19 di negeri ini dan memberikan nasihat berhubung perkara itu kepada kerajaan negeri.

“Keputusan sama ada untuk melanjutkan atau menamatkan PKPB mahupun melaksanakan sebarang bentuk langkah kawalan lain akan mengambil kira kepentingan semua sektor tertakluk kepada nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Mengulas lanjut, Masidi bagaimanapun berkata, jika PKPB diteruskan, kerajaan boleh melonggarkan beberapa syarat atau SOP mengikut situasi semasa.

“Jika situasi di Sabah bertambah baik sepanjang minggu ini, mungkin kita boleh melonggarkan syarat PKPB seterusnya,” katanya. – Hmetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Ingkar SOP: PDRM Bertindak Tegas, Tiada Lagi Budi Bicara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi...

PKP: Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat, Fardu

KOTA BHARU - Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan ini bagi masjid...

Geramm Minta Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Media

KUALA LUMPUR - Gerakan Media Merdeka (Geramm) meminta kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pemimpin politik agar mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak...