Kementerian Jumpa Pengurusan Zoo Negara Esok Bincang Pengukuhan Operasi

MYRAUDHAH ANJUR MISI BANTUAN BANJIR DI NEGERI PAHANG

JERANTUT - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyRaudhah menyambut baik saranan Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggalakkan petugas NGO atau...

PKP: Hukuman remaja hantar pulang mayat kekasih dinaikkan kepada RM1,000

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan denda RM100 kepada RM1,000 terhadap seorang remaja lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar...

Polis keluarkan kompaun kepada penganjur pemberian ayam beku percuma di Putrajaya

PUTRAJAYA: Pihak polis telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa. Ketua...

Jalan Bukit Fraser-Raub ditutup atas faktor keselamatan

KUANTAN: Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor...

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

PUTRAJAYA – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini untuk membincangkan mekanisme pengukuhan operasi Zoo Negara.

Shamsul Anuar dalam kenyataan hari ini berkata perbincangan itu akan meliputi aspek tadbir urus supaya Zoo Negara lebih berdaya maju dan pada masa yang sama memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.

Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha untuk menyokong dan membantu inisiatif Zoo Negara walaupun ia dimiliki oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan beroperasi sebagai entiti perniagaan yang diberikan permit pengendalian zoo secara tahunan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar RM1.3 juta telah disalurkan kepada Zoo Negara pada 10 April untuk menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan penternakan dan ubat-ubatan, di samping diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan, semuanya diberikan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Bantuan kerajaan kepada Zoo Negara bukan sahaja dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya peruntukan kewangan telah disalur sejak awal penubuhan Zoo Negara,” katanya.

Setakat ini, katanya kerajaan telah menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pelbagai projek menaik taraf Zoo Negara sejak Rancangan Malaysia Ketujuh.

Shamsul Anuar berkata pihak kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan di Zoo Negara yang berdepan dengan krisis kewangan berikutan PKP.

Zoo Negara telah berjaya mengumpul sumbangan RM10.6 juta daripada pelbagai pihak dalam bentuk kewangan dan makanan haiwan antara Januari dan September 2020, dan jumlah itu sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan makanan haiwan berdasarkan rekod perbelanjaan Zoo Negara, katanya.

“Pihak zoo hendaklah menguruskan sumbangan yang diterima secara telus dan berhemah,” tambahnya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan