Malaysia Tinjau Keberkesanan Vaksin Covid-19 Di UK

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

PUTRAJAYA – Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan tentang penggunaannya di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata sekiranya pada tiga bulan pertama penggunaan vaksin tersebut di UK memberangsangkan dan kurang dokumentasi mengenai kesan sampingan, ia akan lebih meyakinkan Malaysia untuk menggunakan vaksin berkenaan.

“Apapun kita akan tunggu laporan ujian klinikal fasa tiga yang masih belum kita lihat dan belum dikaji sepenuhnya dan kita perlukan data-data sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Perjanjian kita adalah vaksin tersebut perlu dan mesti didaftarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata UK akan menjadi negara pertama menggunakan kaedah darurat untuk penggunaan vaksin COVID-19 dengan dijangka sebanyak 40 juta dos vaksin akan diterima negara itu.

“Jadi kita ada masa untuk melihat penggunaan vaksin tersebut dalam kalangan penduduk di UK dan mungkin akan ada negara-negara lain yang menggunakan klausa tersebut iaitu menggunakan vaksin berkenaan secara kaedah darurat dan tidak mendaftarkan vaksin tersebut dalam badan pengawal selia mereka,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Namun, katanya di Malaysia tidak ada pengecualian dari segi pendaftaran vaksin secara darurat dan masih perlu melalui proses-proses sebagaimana yang telah ditentukan dalam akta bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.

Vaksin keluaran BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer telah dibenarkan untuk penggunaan darurat di UK oleh Medicines and Healthcare products Regulatory Authority (MHRA). – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

Ingkar SOP: PDRM Bertindak Tegas, Tiada Lagi Budi Bicara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi...

PKP: Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat, Fardu

KOTA BHARU - Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan ini bagi masjid...