UMNO Cadang Penubuhan Majlis Presiden PN – Ahmad Maslan

- Advertisement -

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa UMNO merupakan pihak yang mencadang pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Beliau berkata penubuhan majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi memutuskan perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus mengelakkan parti itu daripada ketinggalan maklumat kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berada dalam Kabinet kerajaan,

“Sebenarnya cadangan Majlis Presiden ini kami (UMNO) sendiri utarakan. Saya diminta mewakili presiden dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri dan menyuarakan cadangan ini kira-kira lebih sebulan lalu,” katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen.

Pagi tadi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam bersetuju membentuk Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung semalam bersetuju untuk mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Presiden sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata majlis itu akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti kerajaan PN.

“MT juga memutuskan bahawa PN akan segera melaksanakan program-program ‘flagship’ (utama) di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata mesyuarat MT PN yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PN dan Presiden Bersatu, turut dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee serta Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama ahli MT yang lain.

Beliau berkata mesyuarat MT PN semalam berlangsung dengan kehadiran penuh untuk membincangkan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat