Jari tengah : Speaker nak tengok video jelas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyatakan kesediaan melihat bukti video pembangkang berkenaan kontroversi isyarat jari tengah.

Beliau berkata, hal demikian bagi memastikan sama ada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan jari tengah pada sidang dewan semalam.

Setakat ini Azhar telah melihat video tular dan kamera litar tertutup (CCTV) Dewan Rakyat.

Beliau berkata visual berkenaan tidak membuktikan dakwaan pembangkang bahawa Willie menunjukkan isyarat lucah itu.

“Jujurnya saya tak nampak apa terjadi.

“Kemudian saya telah lihat video tular itu malah secara perlahan juga saya lihat dan tidak dapat pastikan ia benar berlaku atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) memberitahu dewan, beliau mempunyai, “bukti jelas” video menunjukkan ‘kesalahan’ Ahli Parlimen Puncak Borneo itu.

Azhar meminta Poay Tiong untuk berjumpa dengannya dan menunjukkan rakaman itu.
“Kota Melaka sila datang pejabat saya,” katanya.

Selain itu, Azhar juga berkata mana-mana pihak tidak berpuas hati mengenai isu itu boleh menfailkan usul di Dewan Rakyat.

Semalam, Willie menafikan beliau menunjukkan jari tengah di Dewan Rakyat sebelum pengundian belah bahagi peruntukan untuk kementeriannya bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat