Mokhtar Hussain CEO baharu Bernama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Radzi mengumumkan pelantikan Mokhtar sebagai CEO selepas mesyuarat Lembaga Pengelola agensi berita tersebut hari ini.

Mokhtar, 59, memangku jawatan CEO sejak 17 Mei tahun ini berikutan peletakan jawatan Nurini Kassim sehari sebelumnya.

Beliau merupakan ketua pengarang sejak 23 Ogos tahun lepas dan timbalan ketua pengarang (Perkhidmatan Berita Am) selama enam tahun sebelum itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat