PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana harmoni dan muafakat.

Hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah..kerap keraplah bertemu dan sering seringlah berbincang.

“Dahulukan agenda memantapkan kesatuan kelompok teras iaitu orang Melayu dan Bumiputera yang seharusnya menjadi tonggak kestabilan politik negara,” ciap Annuar di Twitternya.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan semua pihak seharusnya menerima hakikar politik masa kini menuntut kepada muafakat dan kerjasama.

Situasi semasa politik negara agak tegang mutakhir ini dengan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, pertikaman lidah pimpinan UMNO dan Bersatu serta hal-hal yang terarah kepada strategi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat