Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

- Advertisement -

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar.

Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina di rumah doktor legenda bola sepak itu.

Siasatan dijalankan atas kemungkinan pembunuhan selepas Maradona meninggal dunia, minggu lalu.

Maradona meninggal dunia susulan kegagalan jantung yang turut menyebabkan pengumpulan cecair dalam tisu di paru-parunya.

Pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan koktel dadah yang diambil bekas pemain berusia 60 tahun itu memberi tekanan kepada jantungnya.

Pada Ahad lalu, susulan kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina membabitkan penjagaan kesihatannya, polis menyerbu rumah dan klinik milik doktor peribadi, Leopoldo Luque.

Dr Luque bagaimanapun belum dikenakan apa-apa tuduhan dan menafikan dia melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat