PM Anwar Ibrahim diarah berehat, Lawatan ke Pahang Dibatalkan

KUALA LUMPUR, — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah berehat oleh pasukan perubatannya selepas mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakannya terbatas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa atas nasihat doktor, Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini.

“Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah YAB Perdana Menteri mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum menyambung semula tugas rasmi.

Anwar dalam masa yang sama memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadirannya.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat